Pengaruh budaya Homer Simpson

Homer Simpson merupakan watak televisyen yang paling berpengaruh dan popular dalam pelbagai standard. USA Today memetik watak ini sebagai satu dari "25 orang paling berpengaruh teratas bagi 25 tahun kebelakangan ini" pada 2007, menambah bahawa Homer "melambangkan ironi dan tidak berkait pada teras humor penduduk Amerika."[71] Robert Thompson, pengarah Pusat bagi Kajian Televisyen Universiti Syracuse percaya bahawa tiga kurun dari sekarang, profesor Inggeris akan menganggap Homer Simpson sebagai salah satu ciptaan teragung dalam penceritaan manusia."[72] Sejarahwan animasi Jerry Beck menggambarkan Homer sebagai salah satu watak animasi terbaik, berkata, "anda kenal seseorang yang sukakannya, atau anda mengait diri dengannya. Ia merupakan kunci bagi watak klasik."[73] Homer telah digambarkan oleh The Sunday Times sebagai ciptaan komik terbesar bagi masa moden". Rencana mengulas, "setiap usia memerlukan kegagalan besar yang memujuk, ia boleh disayangi, bebas kepura-puraan keserdahanaan. Dan kita melihat diri kita dalam Homer Simpson."[58]

Homer telah dipetik sebagai memiliki pengaruh buruk pada kanak-kanak; sebagai contoh, pada 2005 satu kajian yang dilakukan di United Kingdom mendapati 59% ibu-bapa merasakan bahawa Homer menggalakkan gaya hidup kurang sihat.[74] Satu kajian lima tahun merangkumi lebih 2,000 orang usia pertengahan di Perancis mendapati kemungkinan terdapat kaitan antara berat dan fungsi otak, jumpaan yang kemudiannya digelar "Sindrom Homer Simpson".[75] Keputusan dari satu ujian ingat perkataan menunjukkan bahawa orang dengan index berat badan (BMI) bagi 20 (dianggap tahap sihat) mengingati purata sembilan dari 16 perkataan. Sementara, orang dengan BMI 30 (dalam julat obes) mengingati purata hanya tujuh perkataan dari 16 perkataan.[75]

Sungguhpun Homer mewakili budaya rakyat Amerika, pengaruhnya telah tersebar kebahagian lain dunia. Pada 2003, Matt Groening mendedahkan bahawa bapanya, yang Homer dinamakan sempenanya, merupakan rakyat Kanada, dan berkata bahawa ini menjadikan Homer sendiri sebagai seorang rakyat Kanada.[76] Watak ini kemudiannya dijadikan rakyat kehormat ("honorary citizen]") bagi Winnipeg, Manitoba, Kanada, kerana Homer Groening dipercayai sebagai berasal dari sana, sungguhpun terdapat sumber yang menyatakan bahawa Groening senior sebenarnya dilahirkan di province Saskatchewan.[77] Pada tahun 2007, satu imej Homer dilukis disebelah Gergasi Cerne Abbas di Dorset, England sebagai sebahagian dari promosi bagi The Simpsons Movie. Ini menimbulkan kemarahan dikalangan neopagans yang melakukan upacara "hujan anjaip" bagi menjadikannya dihanyut pergi.[78] Pada tahun 2008, siling euro Sepanyol didijumpai di Avilés, Sepanyol dengan muka Homer menggantikan efigi (gambar) Raja Juan Carlos I dari Sepanyol.[79]

Rujukan

WikiPedia: Homer Simpson http://www.theage.com.au/articles/2003/02/27/10460... http://www.theage.com.au/articles/2004/04/02/10805... http://www.cbc.ca/arts/story/2003/05/30/homer30050... http://www.macleans.ca/article.jsp?content=2007072... http://www.abqtrib.com/news/2007/jun/23/voice-home... http://www.calendarlive.com/tv/cl-ca-baker16feb16,... http://www.canada.com/montrealgazette/story.html?i... http://www.cbsnews.com/stories/2004/05/01/entertai... http://www.cnn.com/2003/SHOWBIZ/TV/02/13/simpsons.... http://popwatch.ew.com/2010/06/09/simpsons-matt-gr...